Friday, December 16, 2011

KERANA AKU BUDAK TESL...

Dah lama nak menulis tapi tak terdaya. Atau aku malas. Mungkin. Atau topik ini terlalu hangat untuk dibincangkan. Mungkin. Memungkinkan.

Kurang dua minggu lagi aku akan melangkah ke alam Ijazah. Mungkin ramai yang dah tahu aku bakal guru. Seorang guru bahasa Inggeris. Insyaallah. Dari teman-teman seperjuangan aku dengar kami penuntut2 TESL akan belajar Bahasa Malaysia sebagai subjek minor. Sedikit pun tak menggusarkan. Kerana apa ? Kerana aku bukan Melayu layu. OHH. Maaf. Itu pandangan peribadi aku. Tapi kata mereka ?

"BI pun dah susah nak kena belajar BM"

"Mmg rojak la esei aku nnt"

"kami TESLian bukan BMians!"

Hampir semua feedback negatif. Mengapa begitu ? Anak MAT SALLEH ke mereka semua ? Atau mereka bukan penghuni TANAH TUMPAHNYA DARAHKU ? Memungkinkan.

Kerana aku BUDAK TESL? Takkan la baru 3 sem belajar TESL da lupa diri kot. Cukup2 la kita dilabel SNOBBISH.

Hmm. Yang menghairankan masa sekolah dulu boleh je ambil subjek BAHASA tambahan. Siap boleh dapat A+ lagi. Takkan suruh belajar BM tak boleh. Aku sendiri tak pasti. Sekadar khabar angin atau akan dilaksanakan. Mungkin minda kita mmg sudah diprogramkan begitu. Dapat apa2 mesti fikir yang negatif. Jarang nak fikir dari sudut positif.

Bagi aku, aku terima apa sahaja. Kalaupun MATHS yang sangat2 aku tak suka tu jadi minor subjek. Life is about gambling. If you never try then you'll never know.

p/s; man jadda wa jadda. Semoga berjaya di peringkat seterusnya sahabat-sahabat ;)

8 comments:

  1. biarkan manusia berbicara~
    yang pasti, kita terus melangkah kehadapan. :)

    ReplyDelete
  2. Melayu mudah lupa .. even Dr. Mahathir pernah berkata .. Tapi tak semua .. Puan Khalida pernah pesan , nak jadi guru yang bagus apa-apa sahaja perlu diterima ..sesuaikan diri dengan sekeliling .. baru lah guru yang berkualiti .. ape kes master satu subjek sajaaa :)

    ReplyDelete
  3. mentaliti masyarakat kt mmg cmtu... cm km stdent pnjian melayu pulak di perlekehkan sebab cakap tak tau guna bi.. sedangkan thap km pny bi pn sm ja ngn budak2 cos lain

    ReplyDelete
  4. Welcome to degree life! :)

    Apa bahasa sekali pun yg kita tuntut, jgn lupa darah yg mengalir dan tempat kita berpijak.
    Se'english mana pun pertuturan kita, tapi, kita tetap MELAYU sampai putus nafas sekali pun. Beragama Islam lagi.

    Jadilah diri sendiri. Ingat, BM pernah jadi lingua franca satu ketika dulu. tapi hilang kerana apa? Sikap manusia sendiri.

    ReplyDelete
  5. yup. kerana bahasa itu indah. BAHASA MELAYU penuh dengan kesopanan dan santunnya. kerana Bahasa memartabatkan BANGSA. kalau keadaan mcm ni pon da meLAYU maka LAYU la MELAYU

    ReplyDelete
  6. semua orang ada pendapat masing2 tapi provokasi itu tidak perlu. pendapat aku hal itu berlaku kerana kita telah belajar grammar dan biarpun kita berbicara dalam bahasa melayu, kita menggunakan bahasa pasar dan bukan dengan tatabahasa yang betul. jadi akan menjadi masalah dalam mengarang karangan dengan betul kerana sudah terbiasa dengan grammar dan tatabahasa salah. langsung tidak terlintas mengetepikan bahasa ibunda. kau tak perasan ke? takde budak tesl pun yg speaking all the time. thus show yang bukan kami lupa kami ni melayu. cukup sekadar melontarkan pendapat. tidak perlu mencanang kami sebagai melayu layu, berlagak anak matsalleh. kami tahu di bumi mana kami berpijak. jangan membuat andaian tanpa mencari kepastian. kata2 anda boleh mengundang persepsi salah terhadap kami. jaga budi bahasa anda. provokasi lah yang mengundang kebencian. dan bahasa itu indah. bahasa melayu penuh dengan kesopanan dan santunnya. you should know better.

    ReplyDelete