Bosan aku muak. Jelak dan mual. Kenapa masih ada yang begitu ? Salahkah aku suarakan apa yang aku rasa ? Kononnya demokrasi tapi semua hipokrasi ! Diturunkan dari generasi ke generasi kita terus lemah dalam dunia sendiri. Disogokkan itu dan ini. Akal dan hati gagal berkolaborasi lalu mati.
Bila berdiam diri disangka tak berani. Bila lantang berkata pasti digelar pendusta. Mainan duniawi yang tiada terhenti mungkin.
Hmmm, apa lagi yang mampu jika semua dimanipulasi ?
Mampu berusaha dan tawakal pada Illahi.
Itu jawapannya.
Selagi ada DIA harap itu takkan mati. Terus kemilau bersebati dalam hati.
Tuesday, May 1, 2012
Wednesday, April 18, 2012
KALAH.
Bukan aku takut kalah tapi aku takut menyerah.
Bukan aku lemah walau beribu kali kalah.
Kalah bukan lemah.
Kalah bukan rebah.
Kalah buat kita tabah bukan pasrah.
Yang aku takut kalah menjadi khalifah.
Biar jatuh seketika jangan lama.
Kalau jatuh lagi berdiri kembali sekali lagi.
Monday, April 9, 2012
RASA ITU.
Mata pena maya bagai hilang tintanya biar sang penulis punya idea untuk terus berkarya. Ingin dicoret setiap cerita yang berlegar dimetafora minda tapi tak terdaya. Kasihan laman maya dibiarkan terus menyepi.
Sang scouse pula terusan gelisah. Hilang sengat hilang taring hilang segalanya. Plot yang dicipta gagal diterjemah sebaiknya. Bijak menyusun kata tapi gagap berbicara. Satu demi satu terlepas begitu saja. Lantas rasa itu berputik semula.
Sedih
Kecewa
Duka
Pilu
Hiba
Semua rasa itu bergaul mesra jadi ramuan yang menyesak dada. Rencah rasa yang sentiasa melanda. Biarkan saja rasa itu. Memang begitu lumrah dunia.
Monday, March 12, 2012
KOTAK HATI.
Sekali lagi aku biarkan laman ini. Terus sepi. Terus sunyi. Terlalu banyak yang ingin dikongsi. Tapi hilang dalam kotak hati. Kotak hati yang dicuri lalu aku biarkan pergi.
Jejari dan hati tak senada. Gagal menterjemah apa yang dirasa dalam bentuk kata-kata yang sedia.
KOTAK HATI DICURI BIDADARI ?!
Mungkin itu punca jejari dan hati gagal berkolaborasi. Mungkin juga. Ermm, sangat memungkinkan. Teruskan berteka-teki. Jawapan hakiki aku yang mengerti.
Tapi kotak hati itu dicuri dan diisi. Tidak sunyi atau sepi macam laman ini yang dibiarkan sendiri. Dilawati tapi tidak diperbaharui.
Sunyi sepi sendiri aku tak pernah peduli kerana DIA sentiasa di sisi :D
Subscribe to:
Posts (Atom)