Tuesday, June 28, 2011

AKANKAH BERAKHIR ?


Alangkah indahnya jika dunia berhenti berbalah. Tiada duka tiada lagi tangis. Tragis dan sadis terus dihakis. Impian umat manusia yang terus dirintis.

(Tun Dr. Mahathir - Intro)
The world now lives in fear
We are afraid of everything


Alhamdulillah
Kita selamat
Kabus dah hilang
Perang dah tamat
Nyanyikan lagu
Damai dalam lena
Jangan buka mata
Realitinya sungguh berbeza

Berita yang ditunggu
Kini sedang tersebar
Seluruh umat manusia
Boleh tersenyum lebar
Perang sudah tamat
Terpampang di dada akhbar
Senjata dah dilucutkan
Malahan dibakar

Jalan dah dibuka
Bekalan dah dihantar
Pengawal sempadan bersalaman
Dan bergambar
Tiada lagi askar-askar luka
Main kejar-kejar
Kerna dunia tidak lagi perlukan pendekar

Bumi berhenti bergetar
Tak perlu rasa gentar
Tiang dah dipacakkan
Bendera berkibar
Yang sembunyi keluar
Dah bersinar di luar
Burung besi pulang
Yang sebenar legar-legar

Langit koyak dah ditampal
Tiada halilintar
Laut merah pudar
Jala kembali ditebar
Di desa bunga mekar
Di bandar bangunan tegar
Bunyi mercun
Bunga api gantikan bunyi bom dan mortar
Apakah benar?
Perang dah tamat


Perang sudah tamat
Kita jadi buta warna
Lihat kulit manusia
Semuanya sama saja
Pembunuhan
Permusuhan
Semua syak wasangka
Harus dihentikan
Berkuatkuasa serta merta

Piagam Madinah dihidup dan dijana
Semua agama Ibrahim aman hidup bersama
Perang cuma tinggal kata dalam kamus lama
Tak disebut
Tak diguna
Tak lagi dicari makna

Perang sudah bubar
Perang sudah bubar
Ganti sebiji peluru
Dapat sebatang cigar
Perang sudah bubar
Perang sudah bubar
Ganti sebatang senapang
Dapat sebiji gitar

Mereka kata tidak mungkin
Aku balas benar
Cuba tutup mata
Baca risalah diedar
Perang sudah tamat
Ku nyanyi separa sedar
Perang dah tamat
Maaf bukan cerita sebenar


Uthrul Horriyah
Auqifull Haq

Hari-hari tengok berita buruk jam lapan
Hari-hari tengok saudaraku berbunuhan
Bukankah mengambil nyawa itu kerja Tuhan
Bukan aku
Bukan kamu
Ajal Dia yang tentukan

Ada Torah
Zabur
Injil
Ada Quran
Kalau Iqra’
Tiada ibu-bayi mati berpelukan
Ada I-Ching
Ada Tipitaka
Ada Veda
Habis baca semua
Baru sedar kita tiada beza

Kita manusia
Lain nama dan fizikal
Persamaan utamanya kita akal
Biar haiwan saja bersifat territorial
Ok, hypothetical - tiada peta politikal

Saya orang aman
Saya bukan orang jahat
Saya benci perang
Saya rela bersahabat
Nyanyi lagu damai
Satu dunia ikut rapat
Sambil tunggu hari Osama dan Obama berjabat

(Tun Dr. Mahathir - Outro)
War must therefore be made illegal

courtesy of PERANG DAH TAMAT by MALIQUE feat. RABBANI

Kalaulah bait2 lagu ni jadi kenyataan memang indah rasanya. Tapi dunia terus terusan berbalah yang tak berdosa menjadi mangsa kerana cita2 si durjana untuk menakluk dunia.

p/s; Teruskan usaha anda mengkritik dunia EN. MALIQUE. Pastikan ada cahaya di hujung sana. nanti.



Sunday, June 26, 2011

ANUGERAH TERINDAH.


Lama sangat rasanya tak update blog ni. So nak share lagu yg agak baru ni.
Layankan aje =)

Tersimpul satu nama
Rahsia tentang kita
Gambaran hati sunyi sepi
Terlimpas kata kata
Dekat diantara kecil dan masih ada
Walau hari berganti masa hari nanti

Genggaman wajah-wajah
Tersemat di dada
Hingga akhir hayatku
Sentiasa selalu
Bila bersua gurau senda
Ku ingat selalu

courtesy of ANUGERAH by AZLAN & THE TYPEWRITER

gambar sekadar hiasan.

Kesimpulannya lagu ni menggambarkan betapa pentingnya SAHABAT. Yela biasanya kita mmg akan rapat dgn mereka kan. So lagu ni khas untuk SAHABAT SAHABAT aku, ANUGERAH dari DIA.

p/s ; thanks to fami, nawi, naz dan labu sebab ceriakan cuti sem yg lepas =)

Saturday, May 7, 2011

RINDU PADA KAMU (!)

Sempena hari ibu ni aku nak share sikit.
Untuk MAK
=)

Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda

Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi

Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap

Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini kurasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi

Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan

Senyum kemboja mengantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabadian
Insan kerdil mengadap Tuhan

Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan


courtesy of KE MAKAM BONDA by USMAN AWANG



Dalam kenangan. Gambar dengan arwah MAK, angah(dak laki tu) kakak2 aku(2 org dak perempuan yg besar skit) and cousin masa cute dulu.

12 Julai 2011 genaplah nanti 5tahun arwah MAK pergi.
Setiap kali dengar sajak ni aku memang akan menangis.
Walaupun aku tak manja dengan MAK tapi terasa jugak lah kan.
Sekarang ni da tak de sape yg marah kalau aku berjaga malam sebab nak tgk bola.
Semua da berubah. Tapi aku tak tahu semua ni ada hikmah. Aku terima seadanya.
Kadang2 kesian dekat adik kakak and angah sbb diorg mg rapat dan manja dgn MAK.

12 Julai 2006 aku tak mampu nak menangis. Sedih mcm mana pun aku tetap kuatkan semangat. Aku tak sanggup nak buat AYAH susah hati.
~AL-FATIHAH~

semoga tenang dalam persemadian
ROKIAH BINTI ABU KASIM

P/S; Korang yang masih ada MAK jaga lah hati mereka.
Bahagiakan mereka kerana SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI IBU.


Friday, April 29, 2011

TAKUT AKU KALAH.

Nothing much to say. Ini memang bukan panggilan biasa sebab aku takut kalah. So just check this out. =)

Ada perkara ingin ku katakan
Malam kita ini mungkin yang terakhir
Rasian ku terima
Usah bersedih ini amat bermakna
Aku ke sana bukannya bermaksud
Aku tak cinta

Ini bukannya panggilan biasa
Bilazim dapat ku rasa

Aku takut aku kalah
Akan hilang satu nyawa
Siapa akan lindung dirimu
Jika tiadanya aku

Aku takut aku kalah
Akan runtuhlah empayar
Siapa pengganti diriku
Semua masih goyah

Sebelum sempurna nafas
Dengar bisikku ini
Teruskan legasi

Tak mahu pulang
Jika kosong di tangan
Hijrahku nanti akan ku pastikannya
Tak sia-sia belaka

Ini bukannya panggilan biasa
Bilazim dapat ku rasa

Aku takut aku kalah
Akan hilang satu nyawa
Siapa akan lindung dirimu
Jika tiadanya aku

Aku takut aku kalah
Akan runtuhlah empayar
Siapa pengganti diriku
Semua masih goyah

Sebelum sempurna nafas
Dengar bisikku ini
Teruskan legasi

Aku takut aku kalah
Akan hilang satu nyawa
Siapa akan lindung dirimu
Jika tiadanya aku

Aku takut aku kalah
Akan runtuhlah empayar
Siapa pengganti diriku
Semua masih goyah

Sebelum sempurna nafas
Dengar bisikku ini
Teruskan legasi

TAKUT AKU KALAH courtesy of PRETTY UGLY.

Lagu ni actually single terbaru dari PRETTY UGLY daripada album DARABKAN SEJUTA. Lagu yg sarat dengan mesej yg mampu memberikan inspirasi. Kalau nak dengar boleh klik link bawah ni.

TAKUT AKU KALAH


p/s: Memang rugi kalau pulang dengan kosong ditangan. Aku memang TAKUT AKU KALAH dalam melayari hari hari mendatang. Jadi akan aku buktikan segalanya tak sia-sia belaka !