Friday, December 16, 2011

KERANA AKU BUDAK TESL...

Dah lama nak menulis tapi tak terdaya. Atau aku malas. Mungkin. Atau topik ini terlalu hangat untuk dibincangkan. Mungkin. Memungkinkan.

Kurang dua minggu lagi aku akan melangkah ke alam Ijazah. Mungkin ramai yang dah tahu aku bakal guru. Seorang guru bahasa Inggeris. Insyaallah. Dari teman-teman seperjuangan aku dengar kami penuntut2 TESL akan belajar Bahasa Malaysia sebagai subjek minor. Sedikit pun tak menggusarkan. Kerana apa ? Kerana aku bukan Melayu layu. OHH. Maaf. Itu pandangan peribadi aku. Tapi kata mereka ?

"BI pun dah susah nak kena belajar BM"

"Mmg rojak la esei aku nnt"

"kami TESLian bukan BMians!"

Hampir semua feedback negatif. Mengapa begitu ? Anak MAT SALLEH ke mereka semua ? Atau mereka bukan penghuni TANAH TUMPAHNYA DARAHKU ? Memungkinkan.

Kerana aku BUDAK TESL? Takkan la baru 3 sem belajar TESL da lupa diri kot. Cukup2 la kita dilabel SNOBBISH.

Hmm. Yang menghairankan masa sekolah dulu boleh je ambil subjek BAHASA tambahan. Siap boleh dapat A+ lagi. Takkan suruh belajar BM tak boleh. Aku sendiri tak pasti. Sekadar khabar angin atau akan dilaksanakan. Mungkin minda kita mmg sudah diprogramkan begitu. Dapat apa2 mesti fikir yang negatif. Jarang nak fikir dari sudut positif.

Bagi aku, aku terima apa sahaja. Kalaupun MATHS yang sangat2 aku tak suka tu jadi minor subjek. Life is about gambling. If you never try then you'll never know.

p/s; man jadda wa jadda. Semoga berjaya di peringkat seterusnya sahabat-sahabat ;)

MISTERI MASA.

Masa bagai sebuah misteri
Tak pernah terhenti
Tak mungkin patah kembali
Terus ke depan dan pergi
Tinggalkan aku terdampar di sini

Masa takkan mampu aku kejari
Biar lambat mahu cepat
Satu persatu disusuri
Biar waktu tak menghambat

Masa tak menunggu kita
Lambat nanti pasti derita

p/s; masa tak menunggu lambat layu !

Thursday, December 15, 2011

KE PUNCAK IMPIAN.

Sambutlah salamku ini sebagai temanmu
Kita bisa seiringan berganding bahu
Jangan disia-siakan segala impianmu
Pastikan kejayaan itu digenggamanmu

Kita rempuh segala halangan dan dugaan
Kuatkan semangat dijiwa mengharung gelombang
Jangan kau terleka nikmatnya dunia
Kelak kau merana kerana ketinggalan

Teruskan usaha sehingga kau berjaya
Ke puncak impian.

REBRANDING.

Secara rasminya bertukar daripada "kugilalensa" kepada Metafora Minda Si Scouse Merah.

Faktor-Faktor Penjenamaan Semula;

"kugilalensa" sebenarnya merupakan sebuah band indie Malaysia. Jadi tak sesuai aku rasa untuk guna nama tersebut. Aku dapati juga ada beberapa buah blog yg lain menggunakan title yang sama. Lagipun content blog aku ni pun berubah dari semasa ke semasa. Macam tak de kaitan title lama dengan post2 yang cuba disampaikan.

Metafora Minda Si Scouse Merah.

Masih lagi blog yang sama dan owner yang sama. Cuma content nya akan berubah sedikit. Rasanya.