Thursday, June 13, 2013

Ubat & Hati

Tombo Ati iku limo perkorone
Kaping pisan moco Qur’an lan maknane
Kaping pindo sholat wengi lakonono
Kaping telu wong kang sholeh kumpulono
Kaping papat kudu weteng ingkang luwe
Kaping limo dzikir wengi ingkang suwe
Salah sawijine sopo iso ngelakoni
Mugi-mugi Gusti Allah nyembadani

'Tombo Ati' merupakan syair atau lagu Jawa tradisional terkenal yang digarap oleh Sunan Bonang salah seorang daripada Wali Songo. Terkenal di Tanah Jawa kerana menyebarkan syiar Islam dengan menggunakan medium seni kebudayaan rakyat. Selain itu, beliau juga menghasilkan karya sastera yang disebut Suluk Sonan Bonang yang kini tersimpan rapi di perpustakaan Leiden University, Belanda.
Suluk berasal dari bahasa Arab 'Salakattariiqa' yang bermaksud menempuh jalan tassawuf.
Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: “ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.


p/s: Sejak kecil ayah tak pernah lupa untuk menceritakan perihal Wali Songo. Wali Songo ada 9 orang semuanya. Kesemua Wali Songo ada cerita serta karamahnya sendiri. Wallahu a'lam :)

Wednesday, January 23, 2013

Rasa Ini Rasa Apa?

Rasa ini rasa apa?
Rasa syurga dunia semata
Yang nikmatnya hanya sementara
Syurga yang kononnya
Sekadar kelalaian semuanya..

Pesona ini pesona apa?
Pesona dunia dikejar manusia
Sejak zaman bermula
Entah bila berakhirnya..

Cintailah Dirimu

Cintailah dirimu wahai manusia
Penuhilah dengan rasa kesyukuran

Taatilah perintah Allah
Al-Quran dan Sunnah jadi panduan

Patuhilah suruhan Allah
Janganlah mudah dipersiakan

Hiasilah hatimu dengan sifat mahabah
Tanamkan mahmudah banyakkan mujahadah
Menuju ke jalan Allah

Tanamkan sifat kasih dan sayang
Hargai akal pemberian Tuhan
Perkara lagha godaan syaitan
Jangan jadikan satu ikutan

Hidup ini akan indah kembali
Insafi diri dekati Ilahi
Lakukan suruhan jauhi larangan
Jiwakan tenang bahagia berkekalan

Mari kembali menuju Allah Yang Esa
Amal dan taqwa jadikan pembela