Friday, December 16, 2011

KERANA AKU BUDAK TESL...

Dah lama nak menulis tapi tak terdaya. Atau aku malas. Mungkin. Atau topik ini terlalu hangat untuk dibincangkan. Mungkin. Memungkinkan.

Kurang dua minggu lagi aku akan melangkah ke alam Ijazah. Mungkin ramai yang dah tahu aku bakal guru. Seorang guru bahasa Inggeris. Insyaallah. Dari teman-teman seperjuangan aku dengar kami penuntut2 TESL akan belajar Bahasa Malaysia sebagai subjek minor. Sedikit pun tak menggusarkan. Kerana apa ? Kerana aku bukan Melayu layu. OHH. Maaf. Itu pandangan peribadi aku. Tapi kata mereka ?

"BI pun dah susah nak kena belajar BM"

"Mmg rojak la esei aku nnt"

"kami TESLian bukan BMians!"

Hampir semua feedback negatif. Mengapa begitu ? Anak MAT SALLEH ke mereka semua ? Atau mereka bukan penghuni TANAH TUMPAHNYA DARAHKU ? Memungkinkan.

Kerana aku BUDAK TESL? Takkan la baru 3 sem belajar TESL da lupa diri kot. Cukup2 la kita dilabel SNOBBISH.

Hmm. Yang menghairankan masa sekolah dulu boleh je ambil subjek BAHASA tambahan. Siap boleh dapat A+ lagi. Takkan suruh belajar BM tak boleh. Aku sendiri tak pasti. Sekadar khabar angin atau akan dilaksanakan. Mungkin minda kita mmg sudah diprogramkan begitu. Dapat apa2 mesti fikir yang negatif. Jarang nak fikir dari sudut positif.

Bagi aku, aku terima apa sahaja. Kalaupun MATHS yang sangat2 aku tak suka tu jadi minor subjek. Life is about gambling. If you never try then you'll never know.

p/s; man jadda wa jadda. Semoga berjaya di peringkat seterusnya sahabat-sahabat ;)

MISTERI MASA.

Masa bagai sebuah misteri
Tak pernah terhenti
Tak mungkin patah kembali
Terus ke depan dan pergi
Tinggalkan aku terdampar di sini

Masa takkan mampu aku kejari
Biar lambat mahu cepat
Satu persatu disusuri
Biar waktu tak menghambat

Masa tak menunggu kita
Lambat nanti pasti derita

p/s; masa tak menunggu lambat layu !

Thursday, December 15, 2011

KE PUNCAK IMPIAN.

Sambutlah salamku ini sebagai temanmu
Kita bisa seiringan berganding bahu
Jangan disia-siakan segala impianmu
Pastikan kejayaan itu digenggamanmu

Kita rempuh segala halangan dan dugaan
Kuatkan semangat dijiwa mengharung gelombang
Jangan kau terleka nikmatnya dunia
Kelak kau merana kerana ketinggalan

Teruskan usaha sehingga kau berjaya
Ke puncak impian.

REBRANDING.

Secara rasminya bertukar daripada "kugilalensa" kepada Metafora Minda Si Scouse Merah.

Faktor-Faktor Penjenamaan Semula;

"kugilalensa" sebenarnya merupakan sebuah band indie Malaysia. Jadi tak sesuai aku rasa untuk guna nama tersebut. Aku dapati juga ada beberapa buah blog yg lain menggunakan title yang sama. Lagipun content blog aku ni pun berubah dari semasa ke semasa. Macam tak de kaitan title lama dengan post2 yang cuba disampaikan.

Metafora Minda Si Scouse Merah.

Masih lagi blog yang sama dan owner yang sama. Cuma content nya akan berubah sedikit. Rasanya.


Tuesday, December 13, 2011

HALANGAN & ALASAN.

Bila terlalu banyak yang difikirkan
Semakin bertambah halangan
Bila terlalu banyak ingin diluahkan
Semakin berleluasa alasan

Halangan dan alasan boleh jadi faktor kejayaan. Memungkinkan. Tapi semuanya bergantung macam mana kita berhadapan dengan halangan serta alasan tersebut.

Halangan boleh jadikan kita kuat dan bersemangat. Boleh juga buat hilang semangat.

Alasan yang kukuh diperlukan supaya hasrat tercapai juga menolak sesuatu kenyataan.

Konklusinya, HALANGAN dan ALASAN saling memerlukan. Jangan gentar dengan halangan dan jangan terlalu mencari alasan untuk mencapai sebuah impian.

Wednesday, December 7, 2011

KAU

Melihatkan kejahilanmu menangislah pula hatiku
Tak terucap aku untuk menegurmu
Aku bukannya orang lain tapi paling dekat denganmu
Bila ku bersuara pasti lain jadinya

Dunia yang engkau kejarkan itu yang akan ditinggalkan
Bila dihujung jalan timbullah kekesalan
Walau kau menangis walau kau merintih
Tapi segalanya sudah terlewat

Tuesday, December 6, 2011

MANUSIA DAN KEINDAHAN.

Manusia dan keindahan memang tak dapat dipisahkan. Siapa yang tak suka dengan benda atau sesuatu yang cantik dan indah kan ? Lumrah manusia sekali lagi. Memungkinkan.

Yang paling utama manusia mudah dikaburi dengan keindahan. Maksud aku keindahan palsu. Keindahan yang sengaja diada-adakan. Contohnya remaja remaja Malaysia tergila-gila dekat mamat2 dan minah2 Korea tu. Faham ?

Majoriti rakyat korea menjalani pembedahan plastik. Tak mustahil yang lelaki pun nampak cantik. Rakyat Malaysia sanggup habis beratus semata nak tengok mereka2 lips sync daripada support konsert atau gig artis local yang tiketnya tak sampai beratus pun.

Tapi itu hak masing-masing. Tapi itulah mentaliti Rakyat Malaysia terutama MELAYU. Semua benda dari luar akan diagungkan. Sama juga situasinya dengan BOLA SEPAK MALAYSIA. Lebih utamakan kelab EPL berbanding LIGA SUPER.

Mungkin mereka indah. Mungkin. Kita boleh suka tapi jangan jadi fanatik.

Segala nikmat yang kononya syurga hanyalah kelalaian yang memperdaya kita.
Stop being taken for a fool !



SEMAKIN.....

Semakin dinafi semakin menjadi.
Semakin dilawan semakin tertawan.
Semakin lama disimpan semakin kuat digenggam.

Sifat semulajadi manusia ? mungkin juga. Bila kemahuan dihalang semakin kuat kita berusaha mendapatkannya. Macam anak kecil. Makin kita larang lagi dia galak nak buat sesuatu benda tu.

Kita perlu tahu apa yang kita inginkan sebelum ia musnah di depan mata. Jangan terlalu memendam sesuatu. Nanti sendiri gigit jari.


Friday, November 25, 2011

KATA MEREKA.

Perubahan. Senang je kalau berkata tapi nak melaksana..entahlah. Lebih kurang 4 bulan je lagi aku akan menginjak ke usia 20. Macam tak percaya tapi itulah hakikatnya. Fizikalnya orang mungkin tak percaya usia aku. Dan sekali lagi itulah hakikatnya. Jadi apa yang perlu aku buat ?

BERUBAH!

Ya aku perlu demi kebaikan diri sendiri. Mereka kata berubah perlukan masa dan jangan terlalu mendadak nanti tak ke mana. Tapi makin lama makin aku tak percaya. Bagi aku itu hanya alasan untuk mereka terus begitu. Ajal tak kira masa atau usia. Kalau tak berubah sekarang bila lagi kan ?

Nak berubah pun banyak halangan. Sindiran rakan yang paling utama. Abaikan sahaja mereka. Bingitkan telinga peduli kata mereka.

"Sesungguhnya nasib seseorang itu tidak akan berubah melainkan dia sendiri yang mengubahnya"

So, Hurry up the choice is yours just don't be late !

Thursday, November 24, 2011

INSANI.

Masa kadang kala terasa pantas berlalu. Segala yang terjadi di luar batasan insani. Sedar atau tidak semuanya harus dihadapi biar sukar walau perit. Semua yg terjadi ada alibi. Tapi kadang kala yang terjadi tak perlukan sebab. Sesetengah perkara terjadi tanpa kita sedari. Ia datang secara semulajadi. Hanya satu jawapannya.

Takdir Yang Maha Suci.

Kita insani hanya mampu berdoa demi kesejahteraan yang hakiki. Jangan pernah berputus asa apatah lagi duduk termanggu menyalahkan takdir. Walaupun terkadang aku lupa kerana aku insani. Lemah lagi rapuh.

Aku tak pernah jemu berdoa kerana 'tali' Tuhan tidak pernah putus. Kerana doa itu senjata mukmin. Kerana doa itu mampu mengubah qada' dan qadarNYA.

Bagi aku selagi aku mampu bernafas dan selagi terdaya aku takkan serah kalah. Walaupun aku takut kalah. Takut aku gagal menjalankan tugas sebagai khalifah di BumiNYA.


p/s; man jadda wa jadda !

Friday, November 18, 2011

A WORD THAT WORTH A THOUSAND WORDS.

I'm so sorry I did not mean to hurt you.

maaf sorry triste désolé ソーリー
desculpe traurig paenitet n chwith
scusa 죄송합니다 извините

Thursday, November 10, 2011

DEAR COUSINS,

Tinggal seminggu je lagi nak cuti sem. Lama sungguh rasanya tak balik rumah nenek.
Masa raya puasa hari tu je sempat balik itu pun tak lama.
Sepupu2 yang rapat pun lama dah tak jumpa.

masa kecik2.



sepupu perempuan yg paling rapat.

Masa kecik2 dulu aku dgn sepupu yg kembar tu selalu main bola sama2. Habis bergegar rumah nenek. Then kena marah dgn ayah aku. HAHAHA. Ayah aku garang kot dulu.
Macam2 la main kat kampung dulu. Pantang berjumpa ada je benda nak buat.
Waktu kecil waktu yang gemilang !

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

BILA DAH BESAR


Adam




Adib




Ayun


Sekarang ni masing2 da besar susah nak jumpa. Bila jumpa pon masing2 buat hal sendiri.
Korang rindu kat aku. Aku pon sama jugak !
Tak lama lg aku balik kita hang up ok =)


p/s; orang ramai tak percaya kitorang ni JAWA. semua cute2 kan. HAHAHA

Saturday, November 5, 2011

MY CHECKERED SHIRT ON & MY MACBETH SHOES ON !

Its kinda late to update. Yela busy sikit this few days sbb da nak final exam.
Ni nak share sikit pasal TESL NIGHT. HEHEHE
=)

DATE: 2ND NOVEMBER 2011
VENUE: DYNASTY HALL, LANDMARK HOTEL, BATU PAHAT.



crazy constance


stunning syazwani & amazing amin



najwa the hobbit and nasrul the stickman



funtastic friends !



chaotic classmates



p/s: sorry to Ali and Fatin the mastermind for this event. Baru perasan tak de pic with both of you. looking forward for another event soon !



Monday, October 24, 2011

LINTASAN BINTANG.

Cahaya bintang-bintang
Menyinarimu wajahmu
Hadirmu dan menemani
Di waktu aku bersama
Kesunyian itu

Biar aku yang hilang
Dari sisi mu sayang
Tak mungkin aku di sini
Menduakan perasan
Yang telah kau jalinkan

Dan aku sedari yang selama ini
Cuma sampai di sini
Kau bukanlah lagi
Bidadari yang ku impi
Oh mengapa

Ku cuba hindari
Dari kau menghampiri

Biarkan ku tahan
Kelukaan di hati
Janganlah menangis
Biar jadi begini

Pergilah bersamanya
Biar aku yang pergi

Dan aku sedari yang selama ini
Cuma sampai di sini
Kau bukanlah lagi
Bidadari yang ku impi
Cuma lintasan bintang..

courtesy of LINTASAN BINTANG by AWAN BAND

klik untuk mendengar LINTASAN BINTANG


p/s; Bagaikan lintasan bintang hadirnya seketika namun menyenangkan mata tapi tak mungkin akan terjumpa lagi.
Biarkanlah kau pergi sedang aku masih di sini dan menanti keajaiban terjadi biar harus aku berlari meniti pelangi ke langit tertinggi.

Wednesday, October 12, 2011

KONFLICK !

Kacau betul la kalau selalu macam ni.
Aku faham kau nak jimat tapi aku yang tak tahan.
Mana taknya penat2 balik daripada training dari kejauhan dah terhidu bau belacan.
Yang lagi best bau tu dari bilik aku.
Bukan setakat bilik satu floor bau !
Memang la aku tak kisah sgt nak masak ke apa dlm bilik tu.
Tapi yang kesiannya baju2 aku la.
Bau belacan kot !
Da la baru je basuh.
Tambah sakit hati bila lepas mandi.
Cuba la korang lepas mandi lap muka pastu kat towel tu bau sambal tumis + belacan.
Tekanan macam tu.
Nak tegur pon susah da byk kali ckp tp nnt betah balik.
Sorry la aku bab baju2 ni mmg cerewet. Lagi la kalau bau yang tak menyenangkan.
Ok fine. Bunuh saja kecil hati aku.

Solutionnya aku beli la FEBREEZE banyak2.

p/s; selagi mampu sabar, sabar je la tapi diam aku gunung berapi.

Monday, October 10, 2011

SELAMAT PAGI GADIS !


Di kala bulan yang menyinari
Lepasi malam hariku
Sendirian ku tanpa cintamu
Nostalgia dulu berdua saat kau hampir pergi
Erat pelukan menanti pagi

Gugusan hatiku hancur tika berakhirnya
Mimpi-mimpi ku dari lena
Oh Tuhan kau bawa cahaya
Sayang cintanya menjauh
Ku masih menanti di sini
Sampai nanti kau kembali

Ingin ku usai rambutmu
Namun tak tersentuh
Seperti waktu indah dahulu
Di kala bulan yang menyinari
Lepasi malam hariku
Sendirian ku tanpa cintamu

courtesy of WAKTU INDAH DAHULU by SELAMAT PAGI GADIS !




p/s; untuk GADIS yang sentiasa ada dalam ingatan.


Friday, October 7, 2011

My ONE and only.....

Biarlah dia terus berada di situ selain DIA.
Aku senang begini.
Hanya dia selamanya dan takkan ada yang lain.
Susah senang aku tetap dengan dia.
Biar dihina biar dicerca aku rela.
Takkan pernah terganti dia dari hidup aku.
Biarkanlah.









Inilah buktinya.
LIVERPOOL tetap di hati aku.



wears your badge with pride !


p/s; once a RED always a RED and I know I will never walk alone again !


Friday, September 30, 2011

TUJUAN.


"Biarpun nafas seakan terhenti
Aku tak akan pergi
Sehingga aku jumpa apa yang ku cari
Posisi dan segala posesi yang dicari
Pasti akan aku temui"

Sunday, September 18, 2011

SKIN & BONES.

Come on get out save yourself from the lies
Come on get out you're hiding in disguise
You're skin and bones
You're skin and bones

Tremble you are frightened of the sudden moves
Fearful he likes
One by one he's got you now

Hide the broken soul that you're wearing now
Tears go unseen
Where's your pride when you need it the most

Come on get out save yourself from the lies
Come on get out you're hiding in disguise
Come on get out he's trying to deceive
Come on get out don't struggle to believe

You're skin and bones (x4)

She lost her sense of hope
Not trying hard to battle back
She hears whispers
Telling her the time is now

They say

Come on get out save yourself from the lies
Come on get out you're hiding in disguise
Come on get out he's trying to deceive
Come on get out don't struggle to believe

He was your doomed romance
He was your last mistake
He tried to haunt you down
He called you dear just so you'd forget that you're

You're skin and bones (x4)

She's dying can't you see now
She's grasping for her last breath now

Come on get out save yourself from the lies
Come on get out you're hiding in disguise
Come on get out he's trying to deceive
Come on get out don't struggle to believe
Come on get out save yourself from the lies

Come on get out you're hiding in disguise
Come on get out he's trying to deceive
Come on get out don't struggle to believe

You're skin and bones (x4)

courtesy of SKIN AND BONES by SOUTH JORDAN

p/s; my SKIN AND BONES won't struggle to believe the matter of truth or fraud !

Wednesday, September 14, 2011

INSAN BIASA.

"Jiwa yang terseksa pedih tak terkata
sengsara takdir Maha Kuasa
namun apalah daya ku hanya insan biasa
hanya berserah pada yang Maha Esa
tiada apa kuharap hanya dapat ku berdoa
agar dapat ku temukan keindahan yang abadi selamanya."


Saturday, September 10, 2011

ANDAI MUNGKIN.

"Andai aku mampu mematah masa yang lalu
Andai aku mampu menahan kesedihanku
Andai aku mampu mengubah tapi tak mampu
Ku memohon petunjuk
Mungkin kehendak Maha Esa
Hikmah sebalik kejadian"



Friday, September 9, 2011

TALK IS CHEAP !

Promises are made just to be broken.
Never put your trust in words.
Because talk is cheap.
Though the time will heal the pain inside but it left permanent scars.
So, I don't wanna turn around just to see what I've left behind.
Past is past and I'm gonna find the future.


Thursday, September 8, 2011

BEND AND BREAK.

Its enough for now as I shouldn't left you broken.
Breathing comes in pairs except for twice.
One begin and one goodbye.
It seems so easy yet so pleasing.
We tend to make a mistake.
Its just the matter of time for us to bend and break.



Monday, September 5, 2011

RED RAYA !

huhu.
Da agak lama baru la ada chance nak update blog ni.
Sedikit bingkisan aidilfitri bersama keluarga tercinta.
cekidot yaw =)











p/s; aidilfitri kali ini sgt bermakna sebab adik beradik aku semua dapat berkumpul.
Moga dapat berjumpa lagi NEXT AIDILFITRI.

Wednesday, August 24, 2011

HATI HANYALAH CAWAN.


Aku hanyalah manusia
Punya pelbagai perasaan
Yang duka ada suka
Ada dosa dan pahala

Dan hatiku hanyalah cawan
Mempunyai batas tampungan
Berlebihan pertumpahan
Hitam bukan kekeringan

Yang aku mahu biarlah di mengertikan
Sudut pandanganku dan tak biar kelakuan
Andai ada ruang ku luahkan perasaan
Pasti nanti lebih tenang ikatan engkau dan aku

Mungkin juga terlalu dalam
Aku tenggelam dalam diri
Sehingga tak sampai cahaya
Apa lagi rangkulanmu

Pasti ada masanya
Kau ku aku mengerti
Katakanlah padaku
Undurlah selangkah

Untuk melihat jelas
Untuk menginkap batas
Yang menghalang
Dan menghadang pandanganmu

Sehingga tak sampai cahaya
Apa lagi rangkulanmu

Andai ada ruang ku luahkan perasaan
Pasti nanti lebih tenang ikatan engkau dan aku

courtesy of HATI HANYALAH CAWAN by TOMOK

perumpamaan yg tepat untuk menggambarkan perasaan aku ketika ini.

p/s; HATI HANYALAH CAWAN. Jangan terlebih memenuhkannya kelak merugikan diri sendiri.

Thursday, August 18, 2011

NEXT AIDILFITRI.


Masa yang berlalu tak pernah berhenti.
Bagai kelmarin semua terjadi.
Sedar tak sedar Aidilfitri bakal menyusul menutup Ramadhan.
Jika masih bernafas di pagi raya, maknanya cukuplah 6tahun beraya tanpa MAK.
Aku rindu air tangan MAK tapi apa yang aku boleh buat.

Manusia menjalin hubungan dan cita
Ditentu oleh Maha Esa Yang Maha Kuasa
Yang mencipta detik indah antara kita
Hati sedih hilang gembira jika tiada di pagi raya

Bilal melaungkan takbir
Langsung janji aku mungkir
Diriku tak hadir
Pabila syawal menjelang hari yang dahulu tenang
Kini semakin menghilang
Harus ku tabahkan hati
Hadapi next Aidilfitri

Manusia menjalin hubungan dan cita
Ditentu oleh Maha Esa Yang Maha Kuasa
Yang mencipta detik indah antara kita
Hati sedih hilang gembira bila kau tiada di pagi raya

Bilal melaungkan takbir
Langsung janji aku mungkir
Diriku tak hadir
Pabila syawal menjelang hari yang dahulu tenang
Kini semakin menghilang
Oh Tuhan tabahkan hatiku
Hadapi next Aidilfitri


courtesy of NEXT AIDILFITRI by BITTERSWEET.


Aidilfitri pertama tanpa MAK.

p/s; Akan aku tabah hadapi NEXT AIDILFITRI.

Sunday, August 14, 2011

PULANGKAN MILIK SI ANAK ITU !

RAHSIA ISRAEL YG PATUT ANDA KETAHUI

1. Tahukah anda bahawa selain bangsa yahudi, tidak dibenarkan membeli atau menyewa tanah di Israel?

2. Tahukah anda bahawa setiap bangsa yahudi yang ada di setiap Negara di seluruh dunia menjadi warga Negara Israel secara automatik? Sementara warga Palestin yang lahir di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu terus diusir ke luar dari Palestin?

3. Tahukah anda bahawa penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan yang dicat dengan warna khas untuk membezakan antara bangsa yahudi dan bukan yahudi?

4. Tahukah anda bahawa Jerusalem bahagian timur, Tebing Barat, Gaza dan dataran tinggi Golan dianggap oleh masyarakat antarabangsa khususnya barat dan Amerika sebagai kawasan yang dijajah Israel dan bukan merupakan sebahagian daripada Israel?

5. Tahukah anda bahawa Israel memperuntukkan 85% air bersih hanya untuk bangsa Yahudi dan membahagikan 15% sisanya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel? Secara realiti, Israel memperuntukkan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya diberikan kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu?

6. Tahukah anda bahawa Amerika menyalurkan dana 5 billion US dari penghasilan hutangnya setiap tahunnya untuk menyumbang kepada Israel?

7. Tahukah anda bahawa Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebesar 1,8 billion US setiap tahunn? Dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh Negara di benua-benua Afrika?

8. Tahukah anda bahawa Israel juga menunggu bantuan perang tambahan sebesar 4 billion US dari Amerika yang terdiri dari pesawat pejuang F16, Apache dan Blackhawk? Dan kerana Amerika merupakan Negara gabungan utama bagi Israel, maka ia wajib memberikan semua kemudahan yang diminta Israel untuk menjamin kewujudannya.

9. Tahukah anda bahawa kerajaan Amerika telah menekan Kongres tentang pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan? Khususnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lubnan dan penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.

10. Tahukah anda bahawa Israel adalah satu-satunya Negara di Timur Tengah yang menolak menandatangani larangan pembangunan senjata nuklear? Dan menolak Pasukan Siasatan PBB untuk memeriksa tempat persembunyian nuklearnya?

11. Tahukah anda bahawa sebelum Israel wujud pada tahun 1948, mereka telah memiliki kilang pengembangan senjata nuklear?

12. Tahukah anda bahawa Pegawai Tinggi Israel di Jabatan Tentera mereka mengakui secara terang-terangan bahawa tentera Israel membunuh semua tahanan perang Palestin tanpa proses pengadilan?

13. Tahukah anda bahawa Israel telah menyerang tempat kediaman Diplomat Amerika dan menyerang kapal perang Amerika Liberty di perairan antarabangsa pada tahun 1967? Walaupun serangan itu membunuh 33 tentara Amerika dan melukai 177 lainnya, tetapi Amerika sama sekali tidak melakukan sebarang tindakan terhadap Israel? Hanya dengan alasan bahawa tentera Israel tersalah sasaran? Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh Negara Islam?

14. Tahukah anda bahawa Israel merupakan Negara yang paling banyak mengabaikan resolusi negara PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel mencapai 69 buah. Bayangkan seandainya satu Negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh Amerika?

15. Tahukah anda bahawa pemerintah Israel menggunakan system politik pemeliharaan terhadap identiti rakyat yahudi agar tetap menjadi warga Negara itu?

16. Tahukah anda bahawa Mahkamah Agung Israel telah menetapkan Perdana Menteri Ariel Sharon sebagai terkecuali dalam kes pembunuhan Shabra dan Syatilla pada 16 September 1982 di Lebanon yang telah membunuh lebih dari 1000 orang Palestin terdiri dari anak-anak, wanita dan orang tua?

17. Tahukah anda bahawa pada tarikh 20 Mei 1990, seorang tentera Israel menyuruh para pekerja Palestin yang sedang menunggu bus di Halte untuk duduk berbaris di atas tanah, setelah itu ia menembak mereka dari jarah setengah meter? Tahu pulakah anda bahawa pemerintah Israel menyatakan tentera itu tidak bersalah dan bahkan mendapat penghargaan khusus dari pemerintah Israel?

18. Adakah anda tahu bahawa sehingga tahun 1988, semua kilang dan pejabat di Israel hanya boleh melampirkan keterangan pekerjaan dengan kata-kata: “pekerjaan hanya untuk bangsaYahudi”, ” pekerja hanya boleh dipilih dengan syarat dia berbangsa Yahudi”?

19. Tahukah anda bahawa Jabatan Luar Negeri Israel membayar 6 jabatan media Amerika untuk menerbitkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah?

20. Tahukah anda bahawa Sharon mengajak Parti radikal Molodeit untuk menjadi gabungan utama dalam kabinetnya? Padahal parti itu beridealogi radikal dengan tujuan untuk membesihkan Israel dari luar kawasan yahudi dan pengusiran secara paksa seluruh warga Palestin dari Israel?

21. Tahukah anda bahawa Perdana Menteri Israel pertama, David Ben-Gorion sepakat dengan langkah pengusiran secara paksa seluruh rakyat arab dari Israel?

22. Tahukah anda bahawa Rahib besar di Israel Ofadya Yosef yang juga pengasas Parti Syas (parti ketiga terbesar di Israel) menyokong aksi tentera Israel untuk membunuh warga Palestin?bahkan ia mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya paskah yang lalu dalam wawancaranya di sebuah rangkaian radio terbesar di Israel: “Tuhan akan membalas semua kejahatan warga arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya, menghabiskannya dan menghancurkan tanahnya dan Tuhan akan membalas mereka dengan azab yang pedih. Oleh itu dilarang semua bangsa yahudi untuk memberikan rasa kasih sayang kepada warga arab, dan wajib bagi setiap yahudi untuk menembak mereka dan senjatanya hendaklah dihalakan ke arah dada dan kepala setiap warga arab untuk menghabiskannya, kerana mereka itu makhluk yang jahat dan terkutuk “… …

23. Tahukah anda bahawa pelarian Palestin terbesar di dunia?

24. Tahukah anda bahawa penduduk Kristian Palestin bersatu dengan penduduk Palestin muslim untuk melawan penjajah yahudi?

25. Tahukah anda, walaupun Mahkamah Agong Israel sudah mengeluarkan keputusan pelarangan penyeksaan dalam proses pemeriksaan, tetapi Shinbet (Badan perisik Israel) tetap terus menyeksa setiap pejuang Palestin dalam proses pemeriksaannya?

26. Tahukah anda bahawa walaupun Israel terus mengganggu proses belajar mengajar dan merosakkan seluruh prasarana pendidikan penduduk Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi Negara terbesar di dunia yang penduduknya bergelar doktor falsafah. Hal ini dilihat dari jumlah purata penduduknya.

27. Tahukah anda bahawa setiap manusia mempunyai hak yang sama yang dijamin oleh undang-undang HAM antarabangsa yang diterbitkan pada tarikh 10 Disember 1948? Tetapi tahukah anda bahawa undang-undang itu sama sekali tidak berlaku bagi penduduk Palestin? kerana dihalang dengan ditandatangani oleh perikatan OSLO?

28. Tahukah anda bahawa majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan bahawa serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri mereka?

29. Tahukah anda bahawa Israel sebagai Negara penjajah sama sekali tidak terikat dengan konvension Geneva untuk menjaga hak-hak dan keselamatan warga awam Palestin?

30. Tahukah anda bahawa perintah Perdana Menteri Israel Ariel Sharon sudah tidak dituruti lagi oleh tentera Israel? Salah satu contohnya adalah ketika ia melarang tentera Israel untuk melakukan genjatan senjata dan dilarang menembak, tetapi tentera Israel terus menyerang, menembak rakyat awam Palestin dan menghancurkan tempat tinggal mereka. Insiden paling memilukan andalah pembunuhan tiga wanita Palestin, padahal mereka sedang berada dalam khemah pelariannya?

31. Tahukah anda bahawa Israel terus melakukan pebagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al-Aqsa dan Qubah As-Sakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

32. Tahukah anda bahawa Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela mengatakan bahawa Israel adalah Negara rasisme dan apartheid seperti keadaan Afrika Selatan sebelum beliau memerintah?