Saturday, November 1, 2014

AWAN DAN TANAH

Kerana terlalu lama dibalik awan
Kadang aku lupa dengan tanah
Lalu aku terus terpana angkuh
Masih sangka gugusan awan itu kawan
Yang setia menyanjung andai aku jatuh
Kerana yakin awan takkan runtuh

Tapi bila awan itu mendung
Aku tersadung terus bermurung
Aku mengalah lantas rebah
Lalu tersembam mencium tanah
Baru kenal tikar sejadah
Baru DIA aku sembah

Sunday, January 19, 2014

Larut Dalam Kabut

Aku yang terbiar hanyut
Bila tak mampu lagi berpaut
Lalu aku semakin terlarut
Dalam arah yang makin kabut

Akankah ada yang menyambut tangan yang semakin terlucut?
Lantas meneutralkan hati yang kian mengecut?