Sunday, September 30, 2012

EPITOME CINTA

Angin sepi yang berhembus meniup diri aku jauh dari sedar fikiran ini. Membuat aku menggeledah segenap kotak hati yang kembali mati tak berfungsi.

Yang terindah..

Yang tersimpan..

Yang terukir..

Kembali mengheret aku dalam cerita yang belum sempurna. Yang belum habis jalan cerita yang sedia diplotkan DIA Yang Maha Satu. Dengan izinNya tercipta aku, cinta dan cita-cita. Dan aku masih tercari-cari setiap jawapan misteri dalam situasi yang terjadi. Dan semoga semua yang terjadi tak menggelapkan Nurol Qalbi.

Dewasakanlah fikiranku yang tak setajam mana. Semoga tak pernah ku meninggi diri. Semoga salah silap ku berkarya tak di salah guna. Kerana aku sedar kadang kala aku salah melangkah terjatuh kembali dalam fitnah duniawi.

Semoga dibukakan semua pintu untuk bersamaNya. Mendamba epitome cinta terbaik dari segala cinta insani. Lestarikan wadi hati leraikan dari pautan nafsu walau sukar melamar RedhaNya berjuanglah sampai akhir!

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka) Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul." (Al-Baqarah: 186)




Wednesday, August 15, 2012

Hanya Pada Satu

Dalam kehangatan mereka menyambut lebaran aku merindukan malam malam begini. Malam untuk ku hanturkan sembah sedalam kalbu untukNya. Aku abaikan semua dendangan lagu raya. Aku cari puisi yang mampu dekatkan aku padaNya.

Dan...


Akhir kutemui sinar menerangi

Umpama datangnya bidadari
Terasa bagaikan mimpi-mimpi suci
Hadirnya ada rahsia tersendiri

Biar arah mengelirukan diri
Biar rebah ke bumi

Tersesat bagaikan tiada bertepi
Ke dasar hanya doa mengiringi
Kabut yang berlari ditinggal begitu
Takkan kudakap seperti dulu

Di sepi malam hanya bertemankan bintang
Hatiku merayu pada-Mu Tuhan Yang Satu
Moga diberikan satu petunjuk dan jalan menemui-Mu
Hanya ku berserah pada-Mu Tuhan ku

Hanya pada nama
Hanya satu pintaku
Hanya pada kasih
Kan kuserahkan jiwaku

Hanya pada cinta
Hanya itu janjiku
Hanya pada Satu
Aku imankan jiwaku

Aku merayu pada-Mu Yang Satu
Moga ditempatkan ku bersama cahaya
Seperti mereka
Setia dengan Mu



Courtesy of CAHAYA by GIEGIEL


P/S; Lagu ini umpama doa bagi aku. Doa seorang hamba yang dambakan cinta sejati yang kekal dan abadi.



Sunday, August 12, 2012

Qyiamku padaNya

Tiada apa sekadar lagu yang penuh signifikan ingin dikongsikan bersama :)

Linangan
Airmata di pipiku
Hadir menyerbu di sanubari

Linangan
Airmata cintaku
Terbit dari dalam jiwa

Kisah yang dulu
Takkan ku ulanginya
Biar ia berlalu
Jadi sejarah

Syukur kepada Nya
Kerana menyedarkan
Dari terlupa diri
Malalui kisah pahit... pedih

Tiada lagi pujuk rayu ku
Padamu
Takkan tergoyah
Qyiamku pada Nya

Tiada lagi
Badai menjelma
Qyiamku tetap pada Nya kasih

Sembuh hati
Siram budi
Suburlah suci
Menghadapi Nya

Derita diri ini telah terbalas
Disana cinta disini rindu
Tak daya ku lalui
Qyiamku tetap pada Nya
KekasihNya





Friday, June 22, 2012

My Life As A Film: Rooftop

I was on a rooftop next to a fire 
That was started at the scene of a party 
That I attended through someone I didn't know well 
Who did not show up at the rooftop we've arrived at in this story 

I surveyed the scene 
And my heart deflated 
See all the horrors and strangers all around me 
To my right 
A guy I didn't know was telling stories 
About some girl in her life 
How she left him traumatized 
"I don't know why I love him so." 

The guy turned to me with glazed eyes 
And confessed to my surprise 
He was lost and was looking for a guide 
Someone to love and to confide in 
Love him 

Suddenly the room goes quiet 
Enough to drop a pin 
'Cause a telephone was ringing out a recent top ten hit 
And the guy going crazy 
Pulls out his phone 
And he stares at the phone number 
His face turning pale 

As he rolls his eyes up to the heavens 
He picks up the call 
And obscenities too rude to sing 
He must've said them all 

And he's laughing 
Or he's crying 
Well I can't tell 
But he starts to break down 
And shivering 
He softly tells the caller 

He says 
"Who are you? I don't know who you are." 
I just want someone to love 
You !



Set aside our differences 
And then we're making progress to the light 

I will be your neighbour 
I will be your friendly ear 
I will be your hand to hold 

I will be your sunrise 
I will be the clouds to catch you 
I will shield you from the storm 

I will be your t-shirt 
I will be your blanket, pillow 
I will be your winter coat 

I will be your Coltrane 
I will be your Love Supreme 
I will be your Favourite Things 

I will be your love song 
I will be your symphony 
I will be your rock'n'roll 

I will be your boyfriend 
I will be your groom-to-be 
I will be your lover 


If the moment ever come

But the moment never come


*originated from OJ Law songs*

Wednesday, June 20, 2012

Jadi Misteri

Di ruang penjuru empat segi itu aku terlihat dia. Diam, sunyi dan sepi menanti hari itu kembali. Hari mimpi-mimpi jadi realiti bukan sekadar fantasi.

Dulunya gagah kini kian lemah. Bibir yang petah berbicara kini diam seribu bahasa. Jasadnya di sini tapi jiwa telah jauh dibawa lari. Dia bukan yang pernah aku kenal dulu. Tak pernah menyerah biarpun kalah. Tetap tabah seteguh karang.  Kemana pergi akal yang istimewa dan pendirian yang dipuja ? Hilang ditelan masa yang bercurahan tanpa henti atau sesat dalam jurang yang gelap tiada udara. Itu masih jadi misteri.

Masa mudanya terlepaskan berlalu ikut irama. Satu kisah yang tiada siapa pernah kisah. Lalu sangkar besi dihatinya terkunci mati. Dia terus bernafas seperti biasa. Bersuara tegas tajam mata menusuk rasa. Menanti hari itu jadi pasti.

Wednesday, May 30, 2012

Langkah

1
2
3
Aku melangkah ke hadapan. Tapi dihalang terus melangkah. Aku ditolak, jatuh dan rebah. Kali ini lebih kuat impaknya. Aku jadi hilang punca dan arah tuju. Tak tahu dari mana harus mula dan kemana destinasinya. Tapi harap itu tak pernah berkubur. Impian hidup dan mahunya hatiku.

Berbicara memang mudah. Melafaz dari bibir tapi bukan dari hati. Aku belum cukup kuat. Resah gelisah dibuatnya. Bagai dementor hadir dalam hidupku dan meragut segala sisi kebahagiaan yang hampir aku kecapi.

Aku tak takut kalah tapi aku takut menyerah. Menyerah dan sekadar pasrah tanpa usaha. Aku yakin mampu melangkah lagi. Cuma tidak segagah atau semegah dulu.

Thursday, May 24, 2012

HARI ITU.

Dunia hari ini kejamnya
Dunia hari ini kejinya

Yang batil mengaburi yang haq.

Konspirasi

Korupsi

Diskriminasi

Provokasi

Jadi intipati yang bersebati dalam jiwa jiwa manusia. Hati didominasi. Akal gagal berfungsi. Bagai hidup tapi mati. Mungkin semakin hampir Barat melahirkan mentari. Yang pasti hari itu akan kembali. Hari yang menjadi rahsia Ilahi.

Hari itu akan datang tanpa diundang.


Tuesday, May 1, 2012

HATI

Bosan aku muak. Jelak dan mual. Kenapa masih ada yang begitu ? Salahkah aku suarakan apa yang aku rasa ? Kononnya demokrasi tapi semua hipokrasi ! Diturunkan dari generasi ke generasi kita terus lemah dalam dunia sendiri. Disogokkan itu dan ini. Akal dan hati gagal berkolaborasi lalu mati.

Bila berdiam diri disangka tak berani. Bila lantang berkata pasti digelar pendusta. Mainan duniawi yang tiada terhenti mungkin.

Hmmm, apa lagi yang mampu jika semua dimanipulasi ?

Mampu berusaha dan tawakal pada Illahi.

Itu jawapannya.

Selagi ada DIA harap itu takkan mati. Terus kemilau bersebati dalam hati.

Wednesday, April 18, 2012

KALAH.

Bukan aku takut kalah tapi aku takut menyerah.
Bukan aku lemah walau beribu kali kalah.
Kalah bukan lemah.
Kalah bukan rebah.
Kalah buat kita tabah bukan pasrah.
Yang aku takut kalah menjadi khalifah.

Biar jatuh seketika jangan lama.
Kalau jatuh lagi berdiri kembali sekali lagi.

Monday, April 9, 2012

RASA ITU.

Mata pena maya bagai hilang tintanya biar sang penulis punya idea untuk terus berkarya. Ingin dicoret setiap cerita yang berlegar dimetafora minda tapi tak terdaya. Kasihan laman maya dibiarkan terus menyepi.

Sang scouse pula terusan gelisah. Hilang sengat hilang taring hilang segalanya. Plot yang dicipta gagal diterjemah sebaiknya. Bijak menyusun kata tapi gagap berbicara. Satu demi satu terlepas begitu saja. Lantas rasa itu berputik semula.

Sedih

Kecewa

Duka

Pilu

Hiba

Semua rasa itu bergaul mesra jadi ramuan yang menyesak dada. Rencah rasa yang sentiasa melanda. Biarkan saja rasa itu. Memang begitu lumrah dunia.

Monday, March 12, 2012

KOTAK HATI.

Sekali lagi aku biarkan laman ini. Terus sepi. Terus sunyi. Terlalu banyak yang ingin dikongsi. Tapi hilang dalam kotak hati. Kotak hati yang dicuri lalu aku biarkan pergi.

Jejari dan hati tak senada. Gagal menterjemah apa yang dirasa dalam bentuk kata-kata yang sedia.

KOTAK HATI DICURI BIDADARI ?!

Mungkin itu punca jejari dan hati gagal berkolaborasi. Mungkin juga. Ermm, sangat memungkinkan. Teruskan berteka-teki. Jawapan hakiki aku yang mengerti.

Tapi kotak hati itu dicuri dan diisi. Tidak sunyi atau sepi macam laman ini yang dibiarkan sendiri. Dilawati tapi tidak diperbaharui.

Sunyi sepi sendiri aku tak pernah peduli kerana DIA sentiasa di sisi :D

Monday, February 27, 2012

ALASAN BOSAN.

Buat itu alasan. Buat ini alasan. Perlukah sebuah alasan ? Persoalan yang semacam tiada jawapan. Manusia terlalu terikat dengan alasan. Tak pernah aku fahami jauh sekali mengerti.

Aku bosan.
Aku muak.
Aku jemu.
Aku jelak.
Aku benci.

Mereka yang sentiasa memberikan alasan atas kesilapan. Apalah salah kiranya mengaku kesalahan. Kita belajar daripada kesilapan. Daripada kesilapan kita bangkit tuju kejayaan.

Aku semakin benci mereka yang menghidangkan 1001 alasan dalam beribadah. Alasan yang langsung tak munasabah dek akal. Terlalu banyak untuk aku senaraikan. Aku sedar aku juga hamba yang tak lepas daripada kesilapan. Tapi tak salah kiranya saling mengingatkan.

Kadang-kadang aku bingitkan telinga daripada mendengar alasan bosan mereka. Biarkan mereka kerana susah untuk buat mereka percaya asalkan mereka bahagia.

Wednesday, February 8, 2012

HARAP ITU.

Di sini aku nampak peradaban dibina
Di sini juga runtuhnya taat setia
Antara rakyat biasa dengan raja
Antara manusia dengan pencipta

Aku datang dengan harap
Walau aku tak mampu berharap
Aku tahu kau ada tapi tak sangka
Yang jadi tetap terjadi tanpa sedari

Bahasa aku mungkin tak indah
Kasar dan tajam lagi berbisa
Bukan aku tunjuk benci dan keji
Tak bermaksud aku marah

Zahirnya dekat tapi jauh berbatu
Tapi kau dekatkan aku dengan DIA
Selagi ada DIA akan aku tunggu
Takkan punah harap itu

Friday, February 3, 2012

KERANA AKU MANUSIA DEGIL !

Aku bangun pagi dengan sendiri minda berfikir jejari menari di lantai kekunci. Aku tersekat dalam empat penjuru yang sunyi. Lalu aku rakamkan rasa yang terpendam dalam kotak hati.

Aku manusia ada hati ada perasaan ada naluri ada fikiran. Tapi aku jarang peduli pasal rasa orang lain. Sebab apa ? Sebab ini cerita aku.

Ini perjuangan aku buat sementara sebelum tiba masa dikembalikan semula. Aku tak kisah dibenci oleh putar belit masyarakat hipokrit. Gemar menghukum sebelum berbicara. Bukan sebab aku tak boleh terima pandangan orang. Cuma aku malas melayan salakkan salakkan anjing disepanjang jalan yang aku lalui. Kalau dilayan nanti perjalanan aku terganggu mungkin juga aku terluka. Aku boleh baling batu supaya berhenti menghambat aku. Tapi aku ambil keputusan untuk biarkan anjing itu dengan dunianya.

Setiap insani sinopsis hidupnya berbeza. Tak perlu kita berlagak bagai pengarah filem yang cuba mengarah pelakonnya supaya hasilnya macam yang kita inginkan. Kerana kita juga pemain pementasan dunia ini. DIA telah plotkan kehidupan setiap hambanya dengan sempurna. Tak perlu kau salakkan lagi.

Aku tulis apa yang aku rasa. Itulah aku. Aku tak kisah mencalar hati mereka yang terasa asal hati aku tak terguris. Kerana aku manusia degil !

Tuesday, January 24, 2012

SENDIRI.

"Kita terlahir sendiri di akhir hayat nanti masih sendiri. Maka usah resah mahu bimbang jika hidup bersendiri."

Pesan yang satu itu terus berlegar di ruang hati dan pelupuk sanubari. Pesan ayah sentiasa jadi bekal jalani hari mendatang.

Sedarlah yang hakiki kita tak sendiri. DIA yang selalu dihati. DIA yang selalu mengubati. DIA memberi tak pernah berhenti.

Carilah cinta ILAHI sebelum memberi dan menerima cinta INSANI.




Monday, January 23, 2012

DITENTANG VS. DIPUJA

Kotak itu kosong tanpa isi. Tiada apa nak dicoret jadi aku biarkan laman ini sepi sendiri. Setiap saat tiap ketika aku perhati. Gerak geri insani atas bumi. Provokasi sana sini tak berhenti macam lautan yang tiada tepi. Aku muak mual jemu jelek dan bosan. Setiap hari sinopsis macam sama. Tak berubah.

Aku tahu aku juga insani. Tak layak berbicara bagai bayi yang suci. Tiada sekelumit dosa terpalit. Tapi aku bosan dengan mereka yang gemar mencanang propaganda membisikkan provokasi. Iri hati insani buat tangisan tak berhenti.

Dunia hari ini diri terjajah lagi. Maruah dijual beli terlalu murah. Lebih murah daripada jualan hujung tahun yang sekadar manipulasi. Sedihnya.

Yang lantang bersuara ditentang. Yang manis berdusta dipuja. Lumrah terancang arahan dunia baru. Jadi barah yang menyusup dipelupuk kalbu.

p/s; Aku akan terus lantang berbicara biar ditentang mungkin dicincang. Aku pantang lidah bercabang.



Friday, January 13, 2012

BAHAYA.

Bahaya menunggu datang dalam dakapan mahupun khayal khayalanmu.
Bahaya bawa keburukan mungkin terselindung kebaikan.
Andai terpesona indah dunia jadilah debu berterbangan
Yang tersungkur dipersimpangan menuju puncak impian.
Kiri kanan depan dan belakang bahaya bertandang.
Kalau leka entah kemana akhirnya.
Sentiasa waspada jadikan rencah dalam melangkah.
Biar langkah perlahan bukan gopoh sambar impian.
Pasti tak kandas separuh jalan.

Sunday, January 8, 2012

KELIBAT KORUPSI.

Segala yang dicanang kononnya demokrasi untuk dirasai. Tapi kepentingan diri jadi sebab untuk berkorupsi. Bila nafsu jadi raja kita jadi lupa dan leka. Hanyut dalam warna warni nikmat dunia sementara yang kononnya syurga.

Demokrasi kononnya semua boleh bersuara tapi hanya suara tiada tindakan. Akhirnya yang berkuasa tentukan apa yang boleh dan tak boleh.

Akhirnya yang lemah jadi mangsa. Aturan dunia baru memang begitu. Yang kuat terus berleluasa tanpa menghirau orang sekeliling.

Sedih lihat mereka layan manusia macam bukan manusia. Kalau dia lemah kita bimbing bukan perlekeh. Takkan selamanya hidup dalam zon selesa ?? Tapi siapa yang nak dengar suara kerdil kan. Suara majoriti sentiasa didengari kononnya sepakat sehati tapi...

Konklusinya manusia suka kan kesenangan jadi aku mengerti segala yang terjadi.

Thursday, January 5, 2012

UNTITLED.

Lain dimulut lain dihati fitrah semula jadi manusia. Yang diungkap tak selalunya benar. Kalau terlalu lantang nanti ditentang. Terlalu merendah diri dipijak ke bumi. Macam tu la normanya.

Aku lebih suka melihat gelagat mereka. Bukan tidak mahu menegur atau bersuara cuma aku rasakan lebih baik berdiam. Lagipun tiada siapa yang akan peduli. Yela masing2 punya agenda sendiri. Begitulah lumrah dunia. Tak perlu dikisahkan atau dipersoalkan.

Manusia dan masalah takkan terpisah jauh. Kita memang dilahirkan dengan masalah. Cara penyelesaian je yang berbeza. Lari dari situasi bukan jalan terbaik. Setiap masalah perlu diselesaikan. Masalah buat kita jadi kuat mengharungi hari mendatang.

Biarpun harapan dan segala impian kian punah teruskan usaha. Jangan pernah wujud rasa putus asa. Optimis dengan segala ruang dan peluang terhidang insya-Allah segalanya jadi nyata.