Sunday, September 30, 2012

EPITOME CINTA

Angin sepi yang berhembus meniup diri aku jauh dari sedar fikiran ini. Membuat aku menggeledah segenap kotak hati yang kembali mati tak berfungsi.

Yang terindah..

Yang tersimpan..

Yang terukir..

Kembali mengheret aku dalam cerita yang belum sempurna. Yang belum habis jalan cerita yang sedia diplotkan DIA Yang Maha Satu. Dengan izinNya tercipta aku, cinta dan cita-cita. Dan aku masih tercari-cari setiap jawapan misteri dalam situasi yang terjadi. Dan semoga semua yang terjadi tak menggelapkan Nurol Qalbi.

Dewasakanlah fikiranku yang tak setajam mana. Semoga tak pernah ku meninggi diri. Semoga salah silap ku berkarya tak di salah guna. Kerana aku sedar kadang kala aku salah melangkah terjatuh kembali dalam fitnah duniawi.

Semoga dibukakan semua pintu untuk bersamaNya. Mendamba epitome cinta terbaik dari segala cinta insani. Lestarikan wadi hati leraikan dari pautan nafsu walau sukar melamar RedhaNya berjuanglah sampai akhir!

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka) Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul." (Al-Baqarah: 186)




2 comments:

  1. Nice one! Aksara yg tersusun indah! Semoga cintaNya sentiasa bersama.

    ReplyDelete
  2. Sekadar mampu menyusun tapi tak betah berkata-kata. terima kasih :)

    ReplyDelete