Tuesday, January 24, 2012

SENDIRI.

"Kita terlahir sendiri di akhir hayat nanti masih sendiri. Maka usah resah mahu bimbang jika hidup bersendiri."

Pesan yang satu itu terus berlegar di ruang hati dan pelupuk sanubari. Pesan ayah sentiasa jadi bekal jalani hari mendatang.

Sedarlah yang hakiki kita tak sendiri. DIA yang selalu dihati. DIA yang selalu mengubati. DIA memberi tak pernah berhenti.

Carilah cinta ILAHI sebelum memberi dan menerima cinta INSANI.




Monday, January 23, 2012

DITENTANG VS. DIPUJA

Kotak itu kosong tanpa isi. Tiada apa nak dicoret jadi aku biarkan laman ini sepi sendiri. Setiap saat tiap ketika aku perhati. Gerak geri insani atas bumi. Provokasi sana sini tak berhenti macam lautan yang tiada tepi. Aku muak mual jemu jelek dan bosan. Setiap hari sinopsis macam sama. Tak berubah.

Aku tahu aku juga insani. Tak layak berbicara bagai bayi yang suci. Tiada sekelumit dosa terpalit. Tapi aku bosan dengan mereka yang gemar mencanang propaganda membisikkan provokasi. Iri hati insani buat tangisan tak berhenti.

Dunia hari ini diri terjajah lagi. Maruah dijual beli terlalu murah. Lebih murah daripada jualan hujung tahun yang sekadar manipulasi. Sedihnya.

Yang lantang bersuara ditentang. Yang manis berdusta dipuja. Lumrah terancang arahan dunia baru. Jadi barah yang menyusup dipelupuk kalbu.

p/s; Aku akan terus lantang berbicara biar ditentang mungkin dicincang. Aku pantang lidah bercabang.



Friday, January 13, 2012

BAHAYA.

Bahaya menunggu datang dalam dakapan mahupun khayal khayalanmu.
Bahaya bawa keburukan mungkin terselindung kebaikan.
Andai terpesona indah dunia jadilah debu berterbangan
Yang tersungkur dipersimpangan menuju puncak impian.
Kiri kanan depan dan belakang bahaya bertandang.
Kalau leka entah kemana akhirnya.
Sentiasa waspada jadikan rencah dalam melangkah.
Biar langkah perlahan bukan gopoh sambar impian.
Pasti tak kandas separuh jalan.

Sunday, January 8, 2012

KELIBAT KORUPSI.

Segala yang dicanang kononnya demokrasi untuk dirasai. Tapi kepentingan diri jadi sebab untuk berkorupsi. Bila nafsu jadi raja kita jadi lupa dan leka. Hanyut dalam warna warni nikmat dunia sementara yang kononnya syurga.

Demokrasi kononnya semua boleh bersuara tapi hanya suara tiada tindakan. Akhirnya yang berkuasa tentukan apa yang boleh dan tak boleh.

Akhirnya yang lemah jadi mangsa. Aturan dunia baru memang begitu. Yang kuat terus berleluasa tanpa menghirau orang sekeliling.

Sedih lihat mereka layan manusia macam bukan manusia. Kalau dia lemah kita bimbing bukan perlekeh. Takkan selamanya hidup dalam zon selesa ?? Tapi siapa yang nak dengar suara kerdil kan. Suara majoriti sentiasa didengari kononnya sepakat sehati tapi...

Konklusinya manusia suka kan kesenangan jadi aku mengerti segala yang terjadi.

Thursday, January 5, 2012

UNTITLED.

Lain dimulut lain dihati fitrah semula jadi manusia. Yang diungkap tak selalunya benar. Kalau terlalu lantang nanti ditentang. Terlalu merendah diri dipijak ke bumi. Macam tu la normanya.

Aku lebih suka melihat gelagat mereka. Bukan tidak mahu menegur atau bersuara cuma aku rasakan lebih baik berdiam. Lagipun tiada siapa yang akan peduli. Yela masing2 punya agenda sendiri. Begitulah lumrah dunia. Tak perlu dikisahkan atau dipersoalkan.

Manusia dan masalah takkan terpisah jauh. Kita memang dilahirkan dengan masalah. Cara penyelesaian je yang berbeza. Lari dari situasi bukan jalan terbaik. Setiap masalah perlu diselesaikan. Masalah buat kita jadi kuat mengharungi hari mendatang.

Biarpun harapan dan segala impian kian punah teruskan usaha. Jangan pernah wujud rasa putus asa. Optimis dengan segala ruang dan peluang terhidang insya-Allah segalanya jadi nyata.