Friday, February 3, 2012

KERANA AKU MANUSIA DEGIL !

Aku bangun pagi dengan sendiri minda berfikir jejari menari di lantai kekunci. Aku tersekat dalam empat penjuru yang sunyi. Lalu aku rakamkan rasa yang terpendam dalam kotak hati.

Aku manusia ada hati ada perasaan ada naluri ada fikiran. Tapi aku jarang peduli pasal rasa orang lain. Sebab apa ? Sebab ini cerita aku.

Ini perjuangan aku buat sementara sebelum tiba masa dikembalikan semula. Aku tak kisah dibenci oleh putar belit masyarakat hipokrit. Gemar menghukum sebelum berbicara. Bukan sebab aku tak boleh terima pandangan orang. Cuma aku malas melayan salakkan salakkan anjing disepanjang jalan yang aku lalui. Kalau dilayan nanti perjalanan aku terganggu mungkin juga aku terluka. Aku boleh baling batu supaya berhenti menghambat aku. Tapi aku ambil keputusan untuk biarkan anjing itu dengan dunianya.

Setiap insani sinopsis hidupnya berbeza. Tak perlu kita berlagak bagai pengarah filem yang cuba mengarah pelakonnya supaya hasilnya macam yang kita inginkan. Kerana kita juga pemain pementasan dunia ini. DIA telah plotkan kehidupan setiap hambanya dengan sempurna. Tak perlu kau salakkan lagi.

Aku tulis apa yang aku rasa. Itulah aku. Aku tak kisah mencalar hati mereka yang terasa asal hati aku tak terguris. Kerana aku manusia degil !

2 comments: