Thursday, November 24, 2011

INSANI.

Masa kadang kala terasa pantas berlalu. Segala yang terjadi di luar batasan insani. Sedar atau tidak semuanya harus dihadapi biar sukar walau perit. Semua yg terjadi ada alibi. Tapi kadang kala yang terjadi tak perlukan sebab. Sesetengah perkara terjadi tanpa kita sedari. Ia datang secara semulajadi. Hanya satu jawapannya.

Takdir Yang Maha Suci.

Kita insani hanya mampu berdoa demi kesejahteraan yang hakiki. Jangan pernah berputus asa apatah lagi duduk termanggu menyalahkan takdir. Walaupun terkadang aku lupa kerana aku insani. Lemah lagi rapuh.

Aku tak pernah jemu berdoa kerana 'tali' Tuhan tidak pernah putus. Kerana doa itu senjata mukmin. Kerana doa itu mampu mengubah qada' dan qadarNYA.

Bagi aku selagi aku mampu bernafas dan selagi terdaya aku takkan serah kalah. Walaupun aku takut kalah. Takut aku gagal menjalankan tugas sebagai khalifah di BumiNYA.


p/s; man jadda wa jadda !

No comments:

Post a Comment