Tuesday, January 18, 2011

BIARKAN SENDIRI.

Tak tahu lah sebab apa beberapa hari ni aku rasa macam tak seronok..mungkin aku terlalu banyak fikir..fikir benda yang tak ada kena mengena rasanya..petang tadi aku dapat idea nak karang benda ni..lama dah aku tak menulis macam ni..hmmmmmm..

Berlari mencari mimpi indah
Yang pernah ceriakan hidup
Bolehkah bertemu jalan bahagia
Bila gelap semakin kelam
Meniti hari suram

Selalu muram kan temani
Di setiap hati diriku
Kau muncul bagai duri
Pedih aku jiwa resah

Biar biarkan aku sendiri
Biar aku berlari mencari
Biar gelapnya akan ku terangi
Ku pasti akan kembali


Ini bukan lirik lagu hanya metafora minda aku yang sepi sahaja..kehidupan penuh dengan warna jadi aku terima seadanya..



p/s: sepi pasti akan pergi ketika hadirnya pelangi..hmm..menanti pelangi yang dinanti !

No comments:

Post a Comment