Saturday, May 7, 2011

RINDU PADA KAMU (!)

Sempena hari ibu ni aku nak share sikit.
Untuk MAK
=)

Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda

Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi

Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap

Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini kurasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi

Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan

Senyum kemboja mengantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabadian
Insan kerdil mengadap Tuhan

Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan


courtesy of KE MAKAM BONDA by USMAN AWANG



Dalam kenangan. Gambar dengan arwah MAK, angah(dak laki tu) kakak2 aku(2 org dak perempuan yg besar skit) and cousin masa cute dulu.

12 Julai 2011 genaplah nanti 5tahun arwah MAK pergi.
Setiap kali dengar sajak ni aku memang akan menangis.
Walaupun aku tak manja dengan MAK tapi terasa jugak lah kan.
Sekarang ni da tak de sape yg marah kalau aku berjaga malam sebab nak tgk bola.
Semua da berubah. Tapi aku tak tahu semua ni ada hikmah. Aku terima seadanya.
Kadang2 kesian dekat adik kakak and angah sbb diorg mg rapat dan manja dgn MAK.

12 Julai 2006 aku tak mampu nak menangis. Sedih mcm mana pun aku tetap kuatkan semangat. Aku tak sanggup nak buat AYAH susah hati.
~AL-FATIHAH~

semoga tenang dalam persemadian
ROKIAH BINTI ABU KASIM

P/S; Korang yang masih ada MAK jaga lah hati mereka.
Bahagiakan mereka kerana SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI IBU.


4 comments:

  1. may Allah rain Its blessings...

    ReplyDelete
  2. Semoga roh tenang di sana..

    Baru tahu..nangis jugak rupanya sahabat saya sorg ni..uhuhu..
    Hidup baik2!

    ReplyDelete
  3. nama pun insan. semua perasaan tu mesti ada kan.
    insyaallah akan terus hidup ngn baik.

    *ish suka amek tagline org

    ReplyDelete