Wednesday, February 8, 2012

HARAP ITU.

Di sini aku nampak peradaban dibina
Di sini juga runtuhnya taat setia
Antara rakyat biasa dengan raja
Antara manusia dengan pencipta

Aku datang dengan harap
Walau aku tak mampu berharap
Aku tahu kau ada tapi tak sangka
Yang jadi tetap terjadi tanpa sedari

Bahasa aku mungkin tak indah
Kasar dan tajam lagi berbisa
Bukan aku tunjuk benci dan keji
Tak bermaksud aku marah

Zahirnya dekat tapi jauh berbatu
Tapi kau dekatkan aku dengan DIA
Selagi ada DIA akan aku tunggu
Takkan punah harap itu

3 comments:

  1. Selagi ada DIA.
    kita tidak lelah,
    walau kudrat hampir punah,
    apabila kesabaran makin dimamah.

    Hanya DIA.

    ReplyDelete
  2. selagi ada DIA
    walaupun punah harapan yg dibina
    takkan pernah luput rasa ingin cuba

    Kerana DIA

    ReplyDelete